Ads

Saturday, February 21, 2015

Theo Walcott beralih kepada Adidas

Adidas hari ini mengumumkan, penyerang England dan Arsenal Theo Walcott telah menandatangani kontrak bersama mereka. Walcott akan menjadi muka baru untuk Adidas F50 Adizero.

Theo Walcott sebelum ini memulakan kerjaya beliau memakai Nike Mercurial Vapor III Cleats pada tahun 2006 ketika mula menyertai Arsenal. Sejak itu, Walcott menjadi duta untuk aliran Nike Mercurial Vapor bersama-sama Ronaldo, Ibrahimovic, Arshavin dan Drogba.

Theo Walcott, yang dikenali dengan kepantasan larian beliau, akan memakai Solar Red Adidas F50 Adizero 2015. Beliau akan menyertai pemain-pemain ternama F50 Adizero Adidas yang lain, merangkumi pemain seperti Gareth Bale, Arjen Robben, Karim Benzema dan Luis Suárez.


Theo Walcott berkata: "Saya teruja untuk menyertai adidas bersama beberapa pemain terbaik di dunia. Adidas F50 adiZero merupakan boot yang luar biasa dan saya tidak sabar untuk memakainya dan menjaringkan gol.
Adidas F50 Adizero dihasilkan untuk kelajuan dengan teknologi Hybridtouch dan material-material ringan. Berat terkini Adidas F50 Adizero Boot adalah 198gram. Sangat ringan.

Theo Walcott mungkin akan beraksi pertama kali dengan Adidas F50 Adizero dalam perlawanan Liga Perdana menentang Crystal Palace atau juga dalam perlawanan Liga Juara-Juara menentang AS Monaco minggu depan.


Sumber Gambar : adidas GB

AS Monaco Nike Kit 14/15






Celtic Nike Kit 14/15







Ajax Amsterdam Adidas Kit 14/15








Bayern Munich Adidas Kit 14/15








Tuesday, February 17, 2015

Pusingan Suku Akhir FA Cup England 2014/15

Sumber Gambar : Aldershot Town FC

Pusingan ke-lima FA Cup England sudah berlalu awal pagi tadi dimana Manchester United pasukan terakhir yang berjaya menempatkan diri ke pusingan Suku Akhir.

Manchester United bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Preston 3-1 hasil jaringan Herrera, Fellaini dan Rooney untuk menempah tiket untuk bertemu dengan juara bertahan FA Cup iaitu Arsenal. Dua pasukan gergasi Liga Perdana ini mara pada pusingan kelima agak diramal. Tetapi satu lagi pasukan Liga Perdana, Sunderland terkandas apabila menjadi mangsa pasukan yang sama menyingkirkan Chelsea, iaitu Bradford City yang diundi menentang Reading.

Pasukan kendalian Louis van Gaal akan menjadi tuan rumah kepada Arsenal di Old Trafford, dimana Manchester United ingin menamatkan kemarau 11 tahun mereka untuk memenangi piala paling bersejarah di England itu.

Manakala Liverpool menewaskan Crystal Palace pada pusingan kelima, akan melayan kunjungan Blackburn Rovers di Anfield. Dalam perlawanan lain, Aston Villa di bawah pengurus baru Tim Sherwood akan menentang West Brom Albion

UNDIAN PENUH SUKU AKHIR FA CUP 2014/15:

Liverpool v Blackburn Rovers
Bradford City v Reading
Manchester United v Arsenal
Aston Villa v West Brom